Trending

Cari atlet lawan pedang terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
TERBAIK... Antara yang menyertai pemilihan tersebut.

KUCHING: Tiada keistimewaan diberikan kepada atlet yang terpilih dan telah disenarai pendek dalam skuad lawan pedang untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Presiden Persatuan Lawan Pedang Affandi Ahmad berkata, pemilihan atlet adalah berdasarkan merit dan semua yang terlibat akan melalui proses tapisan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Mereka perlu melalui saringan dan menjalani latihan mengikut fasa yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Persatuan Lawan Pedang Negeri.

“Tiada keistimewaan untuk mereka kerana kita mahukan pasukan yang dipertaruhkan pada temasya itu kelak benar-benar kuat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Acara Sukan Sabre, semalam.

Kem yang bermula pada 9 September itu dirasmikan oleh Ketua Zon Utara Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Nanty Elvis mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SSC Awang Putrayusrie Awang Redzuan yang juga Pengarah MSN Sarawak.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Sukan Lawan Pedang Negeri Yahya Salem dan Ketua Zon Utara MSN Sarawak Abdul Ajis Kon Ghazali.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru