Cari jalan meredam banjir

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa agensi berkaitan untuk menyiasat, mencari jalan penyelesaian serta mempercepatkan pelaksanaan projek bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di Desa Wira dan Batu Kawa.

Beliau yang juga Adun Batu Kawa berkata, agensi berkaitan termasuk pemaju perlu memainkan peranan masing-masing supaya masalah tersebut dapat diatasi dengan segera. “Sementara Kerajaan Sarawak berusaha untuk mempercepat dan mengutamakan pelaksanaan projek menaik taraf perparitan dan saliran bernilai RM120 juta di Taman Desa Wira supaya boleh siap dalam tempoh satu ke dua tahun.

Kita juga mahu semua agensi terlibat memainkan peranan mereka. “Antaranya pemaju projek berhampiran sungai Desa Wira telah bersetuju untuk meneruskan kerja-kerja penggalian dan pembersihan sistem saliran sungai utama dan sekitarnya bagi memastikan air hujan dapat mengalir dengan lancar. “Selain itu, struktur jambatan sementara yang dibina dari Lorong 3 hingga menyebabkan sungai sempit akan diroboh setelah kerja-kerja selesai dalam beberapa minggu lagi,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini 07 Mac 2021

Suara Sarawak