ARTIKEL

Tun Wan Junaidi (empat kanan) menyempurnakan penyerahan salasilah kepada Pengiran Mohd Hasnan (empat kiri) semasa kunjungan beliau ke Pusat Sejarah Brunei, hari ini. - Foto: UKAS

Catatan salasilah keturunan Tun Wan Junaidi diserahkan kepada Pusat Sejarah Brunei untuk kajian lanjut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR SERI BEGAWAN: Catatan salasilah keturunan asal Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang berusia lebih 200 tahun, telah diserahkan kepada Pusat Sejarah Brunei untuk rujukan dan kajian lanjut, hari ini.

Penyerahan salinan salasilah itu telah disempurnakan oleh Tun Wan Junaidi kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Pengiran Mohd Hasnan Pengiran Ali Hassan, semasa kunjungan beliau ke pusat sejarah tersebut.

Sehubungan itu, Pegawai Pusat Sejarah Brunei telah menerangkan tentang kajian dan susunan susur galur keluarga serta sejarah keturunan bonda kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, iaitu Sharifah Hanifah.

Tun Wan Junaidi (tengah) mendengar penerangan tentang kajian dan susunan susur galur keluarga beliau. – Foto: UKAS

Bonda beliau dikatakan berasal daripada keluarga Al Aiydrus daripada jalur Faqih Muqaddam seperti catatan asal tulisan tangan oleh Pengkaji Pusat Sejarah Brunei, Jamil Al-Sufri.

Dalam catatannya ada menyebut tentang keluarga Hussein Abdul Kadir yang bersambung kepada Al Aiydrus di mana Hussein merupakan moyang sebelah bonda beliau.

Setakat ini, susunan salasilah bonda Tun Wan Junaidi belum lengkap.

Kajian lanjut akan dilaksanakan bagi mengusahakan penemuan semula sekali gus mengetahui kandungan untuk dijadikan sumber pengajian.

Bagaimanapun, catatan salasilah keturunan ayahanda Tun Wan Junaidi, iaitu Tuanku Jaafar, sudah lengkap disusun oleh Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Pusat Sejarah Brunei.

Hasil kajian mendapati bahawa susunan sulur galur ayahanda Tun Wan Junaidi berasal daripada keluarga Sayid Yassin Al-Yahya dari Terengganu, Sayyid Agil dari Banting, Sarawak, Sayyid Muhammad, Sayyid Hamid, Sayyid Zainal Abidin dan Tuanku Hassan.

Usai melawat Pusat Sejarah Brunei, Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, berangkat menelusuri perairan Sungai Brunei sambil menikmati keindahannya yang bersejarah.

Tun Wan Junaidi dan isteri berlepas pulang ke Kuching pada tiga petang tadi.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU