KUALA LUMPUR: Seramai 136,655 pesara, bekas polis dan petugas polis era darurat yang juga penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima bantuan sekali bayaran RM500, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Katanya, bantuan itu sebagai menghargai jasa pengorbanan dan khidmat bakti golongan berkenaan kepada negara termasuk ketika era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan...
Category: NASIONAL
Putra tidak akan sertai mana-mana gabungan hadapi PRU-15
KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak akan menyertai mana-mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu. Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali, bagaimanapun berkata, Putra terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan sekiranya sokongan mereka diperlukan, selain kerjasama itu boleh membantu...
Isi borang rentas negeri hanya di balai polis
PETALING JAYA: Permohonan bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri perlu dibuat di balai polis dengan mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti yang sahih, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Susulan itu, beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan atau anggota penguat kuasa yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam urusan memberi kebenaran rentas...
Lebih 800,000 individu sudah terima dua dos vaksin
KUALA LUMPUR: Seramai 287,737 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi tempoh sama, seramai 514,036 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini berjumlah 801,773. Menerusi infografik...
Jumlah pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 masih rendah: PM
KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera masih rendah berbanding dengan keseluruhan rakyat dan bukan rakyat Malaysia yang layak menerima suntikan itu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, hingga semalam, hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta penduduk Malaysia yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera. “Saya...
Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin Covid-19 AstraZeneca
BAGAN SERAI: Kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan pemberian vaksin Covid-19 AstraZeneca walaupun terdapat laporan mengenai kesan sampingannya terhadap penerima di luar negara. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana kesan sampingan yang dilaporkan adalah alahan yang boleh dirawat selain tiada bukti ia menyebabkan kesan sampingan yang serius atau kematian. “Apabila berlaku...
Fasa kedua program imunisasi COVID-19 diawalkan
PUTRAJAYA: Pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sepatutnya diadakan pada 19 April, diawalkan dua hari sebelum itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Susulan itu, beliau berkata, kempen pendaftaran perlu digiatkan kerana golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi hanya 30 peratus daripada tujuh juta rakyat yang...
SOP ibadah sepanjang Ramadan akan diumum segera
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid dan surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih, akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bagi Wilayah Persekutuan, SOP akan diselaraskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), manakala negeri...
Penjawat awam elak terbabit gerakan antivaksin – KSN
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mengingatkan penjawat awam mengelak daripada terbabit dengan gerakan atau kumpulan antivaksin. Beliau berkata, mereka yang didapati berbuat demikian termasuk membuat, menerbit atau mengedar kenyataan, khabar angin atau berita berhubung antivaksin, boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Katanya, jika sabit kesalahan, penjawat awam berkenaan...
Kerugian kumpulan AirAsia meningkat
KUALA LUMPUR: Kerugian bersih AirAsia Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 meningkat kepada RM5.09 bilion daripada RM315.81 juta pada tahun sebelumnya. Perolehan berkurangan kepada RM3.14 bilion daripada RM11.86 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia. Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2020, kerugian bersih kumpulan ini menokok kepada RM2.44 bilion...
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my