You are here:Home-UTAMA

Samling sumbang RM400,000 beli mesin pengesan virus korona

MIRI: Syarikat Kumpulan Samling memberikan sumbangan mesin Polymerase Chain Reaction (PCR) dan alatan perubatan lain yang bernilai lebih RM400,000 kepada Hospital Miri. Bantuan itu diserahkan kepada Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong yang disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin di Wisma Syarikat Kumpulan Samling Miri semalam. Difahamkan, sumbangan tersebut menjadikan Hospital Miri sudah

By |2020-04-09T12:19:45+08:00April 9th, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

Buka jualan puasa atas talian

KUCHING: Semua pemilik laman media sosial yang mempunyai ramai pengikut digesa membantu mempromosikan produk e-bazar yang bakal dibuka menjelang Ramadan nanti. Menurut Pengerusi Persatuan Penjaja Petra Jaya Mohamad Khairuzie Bolhassan, setelah Kerajaan Sarawak mengumumkan untuk tidak mengadakan bazar Ramadan semalam, mereka segera merancang platform media sosial supaya digunakan sebaiknya bagi membantu penjaja. Jelasnya beliau menggesa

By |2020-04-06T17:35:44+08:00April 6th, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

Sembilan kes baharu positif Covid-19 di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan sembilan lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah bilangan kes di negeri ini sebanyak 273 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata daripada sembilan kes tersebut, lapan kes dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS)

By |2020-04-06T17:13:59+08:00April 6th, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

Setiap Dun dapat RM200,000

KUCHING: Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan diperuntukkan RM200,000 untuk menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan ini adalah daripada RM16.4 juta yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada

By |2020-04-02T15:32:12+08:00April 2nd, 2020|Categories: TINJAUAN, UTAMA|0 Comments

PKP fasa kedua tempoh kritikal buat rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula hari ini, menjadi tempoh kritikal buat rakyat Malaysia dalam menentukan usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19, berjaya ataupun sebaliknya. Keberkesanannya, sudah pasti antara lain bergantung kepada tahap disiplin tinggi rakyat untuk mematuhi PKP dalam usaha membendung gelombang pandemik itu yang kini menyaksikan rakyat terus

By |2020-04-01T11:32:28+08:00April 1st, 2020|Categories: NASIONAL, UTAMA|0 Comments

Korban akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 40,000

ANKARA:  Jumlah kematian di seluruh dunia akibat COVID-19, meningkat lebih 40,000 pada Selasa, dengan kes disahkan melebihi 823,000, menurut Johns Hopkins University, lapor agensi berita Anadolu. Lebih 174,000 orang yang didiagnosis dengan virus itu pulih. Wabak itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya 179 negara dan wilayah di seluruh dunia. Itali, Sepanyol, China dan Iran kekal negara paling

By |2020-04-01T11:07:00+08:00April 1st, 2020|Categories: UTAMA|0 Comments

Sarawak kekal waktu sekatan 7 malam hingga 7 pagi

KUCHING: Sarawak tidak akan mengikut waktu sekatan yang ditetapkan pada jam 8 malam hingga 8 pagi bagi semua perniagaan di bawah fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan negeri akan kekal kepada sekatan harian selama 12 jam iaitu dari 7 malam hingga 7

By |2020-03-31T17:21:56+08:00March 31st, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

Covid-19 : Seorang lagi meninggal dunia

KUCHING: Seorang lagi pesakit Covid-19 di negeri ini meninggal dunia hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Beliau berkata mangsa adalah pensyarah berusia 40 tahun dari Kota Samarahan. "Ini adalah kes kematian Covid-19 kelapan di negeri ini," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Sementara,

By |2020-03-31T17:11:53+08:00March 31st, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

48 individu engkar PKP di Sarawak berjaya ditangkap polis

KUCHING: Lima lelaki bertindak agresif terhadap polis antara 48 individu ditangkap atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri dari tempoh 8 malam semalam sehingga 8 pagi, hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, tangkapan tersebut hasil daripada operasi 24 jam hari ke-10 kawalan PKP yang dijalankan pihaknya di seluruh negeri.

By |2020-03-28T13:43:06+08:00March 28th, 2020|Categories: TEMPATAN, UTAMA|0 Comments

Iboh kayo-kayo luar nun, 28 ditahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan

KUCHING: Seramai 28 orang telah ditangkap di negeri ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata 24 daripada mereka adalah lelaki manakala empat lagi adalah wanita. "Seramai 26 orang telah ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam manakala dua

By |2020-03-26T19:26:36+08:00March 26th, 2020|Categories: UTAMA|0 Comments