ARTIKEL

CATS FM belanja sarapan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Stesen radio CATS FM memberi sarapan pagi percuma kepada 500 pengunjung yang hadir di Restoran Canai Anjang Astana di Petra Jaya pada 7 Februari ini.

Pengurus Program CATS Mohd Fadzli Daud berkata, program sarapan itu adalah sebahagian daripada aktiviti segmen baharu dalam rancangan CATS AM Crew (CAC).

“Pemberian secara pandu lalu bermula dari 7 pagi hingga 8 pagi, manakala makan di restoran pula berlangsung dari 8 pagi hingga 10 pagi.

“Ketiga-tiga penyampai CAC iaitu Ardin Belarek, Fir Affandi dan Elya Nabila akan turut serta bersarapan dan bersiaran luar dari lokasi pada hari itu nanti,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU