ARTIKEL

Cawangan ketiga King Laksa Sarawak mula operasi 15 Februari di Metrocity

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: King Laksa Sarawak bakal memulakan operasi cawangan baharu terbesar di kawasan Metrocity, Matang pada 15 Februari (Rabu) ini.

Sekali gus, menjadi cawangan ketiga bagi kedai makan tersebut setelah pertama kali beroperasi pada tahun 2017 sekitar Kota Samarahan (berdepan Unimas) dan Jalan Pending (ICOM Square).

Pengarah Urusan King Laksa Alya Mona berkata, restoran King Laksa Sarawak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ruangan terbuka dan tertutup.

KIRI: Alya Mona, Fazzrudin, Rizal dan Ustaz Wan Mujahid ketika merasmikan pelancaran pembukaan cawangan ketiga King Laksa Sarawak di hadapan restoran tersebut di Metrocity Matang.

“Bagi memastikan pengunjung selesa dengan keadaan restoran, mereka boleh pilih untuk makan dengan suasana yang nyaman dan segar (ruang terbuka) atau kawasan dilengkapi kemudahan pendingin hawa (tertutup).

“Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi menarik pengunjung yang datang menjamu selera di sini dengan mengekalkan ciri-ciri sebuah rumah keluarga bahagia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian pembukaan cawangan ketiga King Laksa Sarawak di Metrocity, Matang, di sini, hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, jenama makanan popular di bawah Rizalya Sdn Bhd ini juga bakal menyediakan pakej perkahwinan, sambutan hari jadi, persaraan dan lain-lain mengikut permintaan pelanggan.

Sementara, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong Fazzruddin Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif King Laksa Sarawak Rizal Jamali turut menyaksikan pelancaran majlis pembukaan cawangan ketiga King Laksa Sarawak, hari ini.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU