KUCHING: Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipancarkan di lokap tahanan seorang gadis berusia 16 tahun yang dirogol pada 9 Januari lalu adalah berfungsi dengan baik.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata siasatan mendapati CCTV itu tidak melakukan rakaman ketika kejadian berikutan ia cuma dipasang untuk dapat dilihat oleh petugas-petugas yang berada di bilik kawalan sistem tersebut sahaja.
Beliau turut mengesahkan kejadian berlaku di tandas lokap itu, namun tidak dipasangkan CCTV.
“CCTV memang ada dan kita sedang menyiasat juga mengapa petugas tidak melaporkan kejadian.
“Justeru kita telah mengerahkan pasukan penyiasat untuk melihat perkara ini dan rumuskan kemudian termasuk peraturan penugasan dan lawatan oleh pegawai ke lokap dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita di Mes Pegawai IPK pagi hari ini.
Tambahnya, hasil siasatan lanjut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Kontinjen Kuching dan Miri setakat ini berjaya mengambil keterangan daripada saksi kejadian.
Aidi menambah penyelarasan kes telah diserahkan kepada timbalannya Datuk Fisol Salleh bagi memastikan kes dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Ujarnya, siasatan kes akan dilaksanakan sepenuhnya pada minggu ini dan pihaknya akan melihat semula ketidakpatuhan atau kecuaian yang berlaku membabitkan anggota polis ketika bertugas.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my