ARTIKEL

Abdul Karim (tujuh kiri) dan barisan kepimpinan negeri lain bergambar bersama CDM dan Pengarah dari negeri-negeri yang akan menyertai SUKMA XXI. - Foto UKAS

CDM, Pengarah MSN Negeri terlibat dalam SUKMA XXI Sarawak diraikan dengan keunikan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Kontinjen atau Chef-de-Mission (CDM) serta Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) negeri-negeri yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 diraikan pada Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Sarawak semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan oleh delegasi dari negeri-negeri lain kerana majlis makan malam tersebut diadakan di atas kapal persiaran Royal Cruise di mana mereka dibawa bersiar-siar menelusuri Sungai Sarawak.

Selain disajikan dengan makanan tradisional Sarawak seperti ayam pansuh, umai serta sayur midin, delegasi juga berpeluang menyaksikan keindahan panorama Bandaraya Kuching pada waktu malam.

Detik semakin mengujakan apabila para delegasi berpeluang menyaksikan persembahan warna-warni ‘Darul Hana Musical Fountain’ yang begitu mengasyikkan.

Sebelum berakhir, para tetamu menerima cenderamata yang disampaikan oleh Abdul Karim.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick serta tetamu lain.

Kedatangan delegasi CDM serta Pengarah MSN negeri-negeri lain ke Sarawak bertujuan untuk mendengar taklimat berhubung penganjuran SUKMA XXI Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos akan datang.

Selain itu, mereka juga akan melawat fasiliti-fasiliti sukan yang akan digunakan semasa temasya itu berlangsung kelak.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta