ARTIKEL

Cederakan adik angkat, ugut bunuh, lelaki tempatan dihukum penjara lapan bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan adik angkat perempuannya (mangsa) dalam satu kejadian di kediaman mereka di Matang pada April lalu.

Awang Saufie Jasni, 37, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh terhadap adik angkat perempuannya yang berusia 21 tahun.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, Awang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama kerana sengaja menumbuk muka dan menendang perut mangsa sehingga mangsa mengalami kecederaan lebam.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Matang, sekitar jam 3.51 petang, 25 April lepas.

Mason Jaro menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, Awang dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak berkuat kuasa hari ini.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu sedang membantu ayahnya menahan tangga untuk memperbaiki atap rumah mereka apabila abangnya (tertuduh) tiba-tiba memangil bapa mereka dengan nada kasar.

Ibu mereka kemudian menegur tertuduh supaya bercakap lembut dengan ayahnya tetapi tertuduh malah terus marah lalu mengamuk dengan membaling pinggan dan kerusi ke arah pengadu.

Selain itu, tertuduh juga bertindak menendang perut dan menumbuk muka pengadu sehingga menyebabkan kesakitan.

Ayah mereka cuba menghalang tindakan tertuduh daripada melakukan perkara lebih buruk, namun tertuduh bertindak mengeluarkan kata-kata hendak membunuh adiknya.

Bimbang akan keselamatan diri, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut, seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 10 Mei lalu di kediaman mereka.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri