ARTIKEL

Cederakan isteri disyaki curang, lelaki diperintahkan bon jaga keamanan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang suami diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menolak isterinya hingga menyebabkan kecederaan ringan pada kedua-dua lengan mangsa.

Tertuduh bertindak demikian selepas mengetahui isterinya curang dengan lelaki lain selepas melihat gambar dan video yang dikongsi isterinya dalam laman sosial Tiktok.

Givensuraj, 30,mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah selepas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu terhadap isterinya berusia 42 tahun di kediaman mereka di Kampung Tabuan Dayak, kira-kira jam 8.30 malam, 6 Januari lalu.

Zubaidah memerintahkan tertuduh bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM1,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, suami pengadu bertindak memegang kedua-dua lengan pengadu dengan kuat dan menolak pengadu ke dinding rumah.

Akibat kejadian itu, kedua-dua lengan pengadu lebam dan sakit di bahagian dada.

Difahamkan, punca kejadian tertuduh bertindak demikian selepas melihat satu perkongsian di laman sosial Tiktok pengadu menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Selain itu, pengadu juga mengaku menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain selepas mengetahui suaminya telah dibuang kerja daripada tentera dan bukannya pencen awal.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU