ARTIKEL

Cederakan kepala kenalan guna rokok elektronik, lelaki didenda RM3,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencederakan kenalannya menggunakan rokok elektronik.

Mohd Firdaus Ahmad Mazlan, 32, bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai makan di Bandar Baru Samariang, kira-kira jam 10 malam, 24 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, pengadu lelaki berada dalam rumah sewanya di atas  sebuah bangunan kedai dimaklumkan oleh kakaknya bahawa adik mereka terlibat dalam pergaduhan dengan dua orang lelaki.

Kedua-dua lelaki berkenaan memaksa adiknya membeli sebuah telefon jenama Samsung namun adiknya enggan berbuat demikian.

Pengadu terus menolong adiknya dengan meleraikan pergaduhan tersebut.

Semasa meleraikan pergaduhan itu, tertuduh bertindak memukul kepala pengadu menggunakan seunit rokok elektronik hingga menyebabkan kepalanya luka.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di kawasan tersebut.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mendatangkan kecederaan luka di bahagian hadapan kepala pengadu.

Selain itu, semasa kejadian, tertuduh dan dua orang lelaki lain yang terlibat dalam pergaduhan itu dalam keadaan mabuk.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh diwakili seorang Peguam dari Yayasan Guaman Bantuan Kebangsaan (YBGK).

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah