Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Cegah jangkitan Covid-19 di PPV – Cuepacs Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Omar Bahrein Unin

KUCHING: Keselamatan dan kesihatan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) harus sentiasa dijaga, kata Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak Omar Bahrein Unin.

Tegasnya, keselamatan para petugas di PPV yang kebanyakan penjawat awam perlu dijaga selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514).

“Selain itu, petugas juga harus disediakan alat perlindungan diri yang sesuai dan mencukupi.

“Pertimbangan untuk petugas yang telah lengkap dua dos vaksin juga harus diutamakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai kejadian seramai 204 daripada 453 petugas di PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dijangkiti wabak tersebut dan berharap perkara sama tidak berlaku di PPV lain.

“Justeru itu, pihak berkenaan terlebih perlu mencegah perkara sama daripada berlaku di sini dengan mengambil berat prosedur operasi standard (SOP) dari pelbagai aspek kerana petugas di PPV amat terdedah kepada wabak ini,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, dua sukarelawan di PPV terbabit didapati positif pada 9 Julai lalu dan ujian calitan beramai-ramai segera dilaksanakan terhadap petugas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru