ARTIKEL

Cekik isteri kerana bermasam muka, penagih dadah dipenjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penagih dadah berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencederakan isterinya gara-gara bermasam muka.

Tertuduh Cameron Nyipa Raphael Robert mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Sekyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun yang sama oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan dia sengaja mencederakan mangsa berusia 20 tahun di kediaman mereka di Jalan Batu kawa, kira-kira jam 12 tengah hari, 9 Disember lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian di rumah mereka, mangsa tiba-tiba dicekik oleh suaminya hingga menyebabkan kesakitan pada leher kerana dikatakan bermasam muka dengan tertuduh.

Sementara itu, di mahkamah yang sama tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, 3 Oktober lalu.

Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan sekitar jam 10.35 pagi, 3 Oktober lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut
Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis Miri giat buru suspek kes pecah rumah

MIRI: Pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Lot 13 Kuarters Kerajaan, Rumah Kenyalang, Jalan

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta