ARTIKEL

Cemas, 41 orang diselamatkan daripada fenomena kepala air di Sungai Yong, Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAPIT: Sembilan keluarga melibatkan 41 orang dari Bintulu yang berkhemah dan bermalam di Sungai Yong, Jalan Bukit Goram, kira-kira 20 kilometer dari Kapit, berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air malam tadi.

Ketua Bomba Zon Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Andy Alie berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 8.32 malam menghantar lapan anggota dan logistik ke lokasi bagi menyelamatkan 41 mangsa itu.

Beliau berkata, turut bergerak ke lokasi ialah dua anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sampai ke lokasi kejadian didapati benar terdapat sembilan keluarga yang berasal dari Bintulu berkhemah dan bermalam di tebing sungai terbabit.

“Akibat cuaca hujan, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras,” katanya.

Andy berkata, kesemua mangsa dibantu menyeberangi sungai deras sedalam 1.5 meter menggunakan tali keselamatan dan operasi tamat pada 9.56 malam selepas kesemua mangsa berjaya diselamatkan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU