ARTIKEL

CENTEXS Commercial inovasi produk warisan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

COMMERCIAl memainkan peranan besar dalam industri kreatif, seni dan warisan serta budaya Sarawak.

Ditubuhkan pada 2019, diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak dengan tujuan meningkatkan nilai komersial produk warisan serta memberi peluang kepada usahawan tempatan di negeri ini.

Juga bertanggungjawab mempromosi dan memasarkan produk yang dihasilkan oleh usahawan serta perkhidmatan kemahiran teknikal dan digital belia tempatan.

Menurut Pengurus besar CENTEXS Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri, aspek inovasi diterapkan dalam nilai promosi produk Sarawak.

Ia menampilkan kelainan, sekali gus menjadi daya penarik kepada produk sedia ada untuk lebih dikenali di pasaran tempatan dan peringkat lebih tinggi.

“Kami wujud kerana kami mahu berinovasi kepada masyarakat dan usahawan tempatan, pada masa yang sama turut menyumbang ke arah pembangunan perniagaan perindustrian dan warisan Sarawak.

CENTEXS Commercial juga wujud sebagai platform yang boleh digunakan oleh rakyat untuk menjana pendapatan, sekali gus mengubah dan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kami sebuah organisasi yang berdiri untuk kepentingan orang ramai sama seperti slogan kami, ‘Menghubungkan Komuniti dan Perniagaan’,” katanya.

Baca lain  Sekilas masa depan yang Inklusif

PROMOSI

Sementara itu, Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam perutusannya memaklumkan, ia bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan nilai jangka panjang untuk pelanggan.

CENTEXS Commercial bergantung kepada kekuatan daya saing, kakitangan, sistem perniagaan yang maju dan hubungan dengan perkongsian pelanggan.

Pelbagai program dilaksanakan menerusi CENTEXS Commercial dari segi memperkenalkan produk berbentuk makanan tradisional, seni kraf, tekstil dan sebagainya.

Selain itu, ia turut melibatkan promosi produk digital seperti aplikasi perkhidmatan yang dibangunkan oleh anak tempatan untuk diperluas secara agresif.

Inovasi Warisan Sarawak ditubuhkan oleh Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dengan pelbagai acara dilaksanakan dalam memperkenal dan memartabatkan warisan Sarawak.

Usaha Kerajaan Sarawak dalam memperkasa industri pelancongan mencungkil tradisi khususnya songket Sarawak melalui Inovasi Warisan Sarawak — dimulakan oleh Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Malam Songket dan Keringkam Persona Antarabangsa 2018.

Dalam kunjungan hormat Lembaran Emas 2019, pertemuan antara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (ketika itu) dengan Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Datuk Dr Sabariah Putit menjadi titik tolak penubuhan Galeri Songket dan Keringkam.

Baca lain  Rama-rama minum air mata buaya untuk nutrisi

Baginda menitahkan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan Penjara Negeri Sarawak bagi memajukan industri songket bersama-sama masyarakat sedia ada di Sarawak untuk dijadikan Pusat Tenun Pahang Diraja sebagai penanda aras.

Hasil lawatan ke Pusat Tenun Diraja Pahang, diputuskan bahawa Sarawak perlu mempunyai galeri khas songket dan keringkam sebagai platform komuniti memasarkan dan mempamerkan tenunan songket serta sulaman keringkam.

Pada 6 Mac 2020, Galeri Songket dan Keringkam dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tempat mempelajari dan menghayati sejarah dan warisan Songket dan Keringkam di Sarawak agar tidak luput ditelan zaman.

NILAI WARISAN

Abang Johari berkata, CENTEXS Commercial meletakkan nilai warisan kepada kraf tempatan seperti keringkam, pua kumbu dan songket.

“Menerusi CENTEXS, kita (Sarawak) dapat menguaruarkan kepada masyarakat bahawa kraf tempatan mempunyai nilai warisan yang tinggi.

“Seperti sedia maklum, produk warisan mempunyai rekaan motif berbeza berbanding tempat lain.

“Itulah sebabnya CENTEXS Commercial memainkan peranan penting dalam mengekalkan nilai kraf dan produk kita,” katanya ketika hadir pada Majlis Rona Warni Aidilfi tri X-Travaganza di Juma’Ani Pavilion, baru-baru ini.

Baca lain  Dapur bersih idaman

Majlis itu dihadiri Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang turut menyaksikan pelbagai rekaan busana baharu keluaran CENTEXS Commercial sempena Aidilfi tri tahun ini.

Selain itu, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri turut dibawa melihat pelajar CENTEXS yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil menghasilkan produk warisan tempatan.

Pada majlis yang sama berlangsungnya penyerahan infak kepada golongan asnaf dari syarikat Hartasuma Sdn Bhd kepada 20 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah dan 45 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nur Murni berjumlah RM30,000.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,