ARTIKEL

RASMI... Roland (tengah) bersama-sama Syeed Mohd Hussein (kanan) melawat reruai Program CENTEXS Hidrogen & Tech Safari 4.0.

CENTEXS Hidrogen and Tech Safari 4.0 bantu capai aspirasi Sarawak maju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Program Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Hidrogen and Tech Safari 4.0 menjadi platform komuniti setempat dalam berkongsi maklumat bersama-sama agensi dan industri pemodenan teknologi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn percaya program kerjasama CENTEXS dan kemeteriannya ini sedikit sebanyak membantu dalam merealisasikan hala tuju Sarawak pada masa akan datang.

“Saya dapat melihat keterlibatan sama dan sokongan pihak Daerah Serian, PBT Serian, pejabat pendidikan Serian, Ketua Kaum, Ketua Masyarakat, industri dan para jemputan.

“Saya juga dapat melihat penglibatan sekolah yang turut hadir, iaitu seramai 360 pelajar dari sembilan buah sekolah,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mendedahkan, selain Serian program safari ini juga akan dilaksanakan di Miri, Kapit, Lawas dan Kuching.

Justeru, beliau berharap agar usaha tersebut dapat diteruskan dan diperhebat dengan sokongan pihak industri serta komuniti.

RASMI…Roland Sagah (dua kanan) melakukan simbolik perasmian.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU