Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Centexs komited bantu usahawan tempatan promosi produk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Caption: Penyelia Pusat Galeri Warisan Centexs Siti Nur Aina Ramli (kiri) pada Program Webinar Normalisasi Baru Komunitiku Ke Arah Kebingkasan Terhadap Covid-19 anjuran DBKU, hari ini.

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) terus komited membantu usahawan tempatan untuk mempromosikan produk warisan meskipun dalam krisis pandemik Covid-19.

Penyelia Pusat Galeri Warisan Centexs Siti Nur Aina Ramli berkata, usahawan tempatan yang mempunyai produk warisan digalakkan untuk berhubung dengan bahagian Komersial Centexs bagi meluaskan pasaran produk mereka.

Menurutnya, Centexs mahu membantu usahawan tempatan dalam pelbagai aspek termasuk cara meningkatkan kualiti produk.

“Terdapat beberapa inisiatif yang diusahakan oleh Centexs untuk membantu masyarakat melalui program lampiran seperti jaminan kualiti dan kawalan, pemakanan dan ujian kualiti.

“Selain itu, Centexs juga bekerjasama dengan Sirim Sarawak untuk membantu usahawan tempatan dalam cara pengeluaran dan pembuatan serta pembungkusan dan pelabelan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Webinar Normalisasi Baru Komunitiku Ke Arah Kebingkasan Terhadap Covid-19 anjuran DBKU, hari ini.

Jelasnya, selain Pusat Galeri Warisan serta Songket dan Galeri Keringkam, Centexs juga mempunyai lebih daripada 54 platform produk pasaran fizikal dan 20 rakan strategik untuk membantu mempromosikan produk warisan Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan