ARTIKEL

CENTEXS komited bantu usahawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: CENTEXS Commercial komited membantu para usahawan tempatan untuk mempromosikan produk warisan.

Pengurus Besarnya, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, sehubungan itu pihaknya mengadakan karnival jualan produk warisan pada 26 hingga 27 Ogos ini.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan, Centexs Commercial mengadakan karnival jualan produk warisan secara besar-besaran melibatkan 10,000 produk dengan disertai lebih 100 usahawan.

“Konsepnya, mereka letakkan produk mereka di CENTEXS Commercial dan pengunjung datang untuk membeli produk mereka.

“Ia merupakan produk warisan Sarawak merangkumi tiga kategori iaitu produk warisan tekstil, kraf dan makanan,” katanya pada sidang media sempena Program @JP di Juma’ani Pavillion, dekat sini.

Tambahnya, selain itu terdapat jualan but kereta unik yang diadakan sepanjang program itu bagi membantu komuniti usahawan berniaga melalui inisiatif berkenaan.

Selain itu katanya, kelas keringkam juga diadakan dengan peserta didedahkan berkenaan pembuatan asas kain keringkam serta pelbagai pengisian aktiviti menarik untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU