ARTIKEL

Carl Pei. - Foto: FB Carl Pei

CEO Nothing, Carl Pei dijangka hadiri KL20 Summit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nothing, Carl Pei akan datang ke Malaysia pada hujung bulan ini.

Carl, yang dilahirkan di Beijing, China, sebelum keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat dan kemudian membesar di Sweden, akan menghadiri KL20 Summit anjuran Kementerian Ekonomi.

Beliau pernah melawat Kuala Lumpur ketika beliau masih bersama OnePlus Global.

Menurut laman sesawang sidang kemuncak berkenaan, beliau dijadual mengambil bahagian dalam ‘fireside chat’ pada 23 April mengenai topik ‘The Future of Personal Computing In the Age of AI’.

Nothing lebih terkenal kerana telefon pintar dan ‘earbuds’ (fon kecil telinga) tetapi baru-baru ini beberapa perkembangan berkaitan AI telah berlaku kepada jenama itu.

Bermula awal tahun ini, pemilik ‘Nothing Phone’ dapat menggunakan ChatGPT sebagai penolong maya mereka.

Seperti yang diterangkan dalam satu ciapan Carl, anda dapat mengaktifkan ciri ini dengan memasang aplikasi ChatGPT ke dalam peranti itu dan menggunakan ciri ‘voice chat’ sekurang-kurangnya sekali.

Sementara itu, satu ciapan yang dipaparkan oleh akaun X rasmi Nothing pada awal April seakan-akan membayangkan integrasi ChatGPT bagi produk audio mereka yang akan datang, iaitu Nothing Ear dan Ear (a).

Kedua-dua produk ini diperkenalkan sepenuhnya kepada dunia pada Khamis lepas.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai