ARTIKEL

SERAH...Abdul Hamdmat Abdullah (kanan) menyerah jersi kepada ketua pasukan, Sahminan Haji Jeman (kiri) pada majlis tersebut.

Cetusan semangat pemain Den Contructions

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semangat tambahan mengiringi pemain pasukan Den Contructions dalam mengharungi Liga Bola Sepak Veteran SamarahanV-FOSS 2024 yang akan bermula Sabtu ini.

Ia susulan barisan kendalian Sahminan Jeman itu menerima tajaan jersi daripada pihak pengurusan pasukan berkenaan.

Sahminan dalam ucapan ringkasnya merakam terima kasih dan penghargaan atas tajaan tersebut.

“Saya percaya ia akan mencetus semangat juang yang tinggi kepada pemain kelak,” ujar pada majlis penyerahan tajaan di sini, malam tadi yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Den Contructions, Abdul Hamdmat Abdullah.

Sementara itu, Abdul Hamdmat berharap sokongan pihaknya terhadap pasukan terbabit mampu menghadir aura luar biasa terhadap pemain.

“Dengan kata lain, akan memberi tonik berganda kepada para pemain untuk lebih fokus kepada misi mereka dalam mengintai gelaran juara,” katanya.

Perlawanan pertama pasukan Den Contructions pada Sabtu ini akan menentang Kaslo pukul 11 pagi di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya.

BERITA LAIN

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU