ARTIKEL

Cetusan semangat pemain Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Semangat tambahan mengiringi pemain skuad Piala Presiden Kuching City FC tatkala turun berdepan Johor Darul Ta’zim III pada aksi sulung mereka di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang esok.

Anak-anak buah Safri Amit mendapat suntikan kata-kata azimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan pada Sesi Randau Pemain Piala Presiden Kuching City FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Pada sesi soal jawab, Awang Putrayusrie menzahir keyakinan terhadap barisan pemain muda pasukan terbabit untuk mencipta kemenangan sulung mereka.

“Esok perlawanan pertama anda semua dan kita berharap akan dapat mencapai kemenangan sekali gus beroleh tiga mata berharga,” ujar Awang Putrayusrie.

Beliau percaya tekanan menanti barisan kendalian jurulatih berpengalaman (Safri Amit) sepanjang saingan nanti.

Bagaimanapun, yakin pemain mampu memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri.

“Dengan persiapan rapi dilakukan selain himpunan pemain muda berbakat yang dipertaruhkan petang esok, saya percaya skuad ini mampu beroleh kemenangan,” tambahnya.

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU