VOKALIS kumpulan Setia Band, Charly Van Houten mengundang rasa cemburu sesetengah peminat apabila baru-baru ini melancarkan lagu berjudul Gadis Malaysia khas buat peminat di negara ini.
“Hakikatnya setiap kali kami hadir ke negara ini mengadakan konsert ramai peminat di Malaysia menunjukkan sokongan dan sepatutnya masyarakat di Indonesia sokong dan gembira kerana ia bukti muzik itu universal.
“Dalam soal ini pasti ada yang suka dan sebaliknya tapi kami berserah saja sebab itu bukan bererti mereka membenci Malaysia,” katanya memetik media tempatan.
Menjelas lanjut, Charly berkata, beliau melihat isu itu sebagai perkara kecil memandangkan Malaysia dan Indonesia serumpun.