Trending

Cherishe Ng lancar 10 manifesto

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Lintang Cherishe Ng melancarkan sepuluh manifesto untuk kempen Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12).

Manifesto kempen beliau memberi tumpuan kepada belia dalam mempromosikan dasar baru untuk pemimpin muda ke arah masa depan rakyat Sarawak.

“Ikrar pertama saya adalah mengenai pemerkasaan belia dan mengukuhkan wakil wanita dari segi politik serta kepimpinan.

“Kedua ialah mengatasi masalah sara hidup dengan memastikan golongan kurang berkemampuan dilindungi di bawah Pelan Penjagaan Kesihatan Nasional (MySalam), dan Pelan Pemeriksaan Kebangsaan (Peka B40),” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PKR di sini, hari ini.

Tambah beliau, akan mempromosikan pembaharuan politik dengan menyokong pindaan perundangan dalam menggubal undang-undang anti-lompat parti bagi memastikan kestabilan politik di Sarawak.

Jelasnya, ia bertujuan untuk menggalakkan peruntukan sama rata bagi parti kerajaan dan pembangkang.

“Manifesto kelima pula, membantu golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan program bantuan makanan dan kebajikan.

“Agenda memperkasakan wanita dengan menggalakkan menyertai pelbagai sektor juga di menjadi agenda besar dalam manifesto,” jelasnya.

Selain daripada itu, calon muda berusia 24 tahun itu juga membawa isu tempatan dengan memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu infrastruktur masalah rakyat.

Dalam manifesto terbabit, Cherishe Ng turut menyatakan manifesto kelapan iaitu menegakkan kepelbagaian budaya dan kepelbagaian agama Sarawak.

“Ini adalah untuk menjaga dan memelihara kepelbagaian budaya, etnik dan agama di negeri ini, iaitu membantu memberi pembiayaan yang diinstitusikan bagi semua badan kebudayaan dan agama.

“Kesembilan adalah mengenai pendidikan. Kemasukan bahasa Inggeris dan Cina sebagai bahasa kebangsaan kedua dan ketiga untuk daya saing dan perhubungan yang lebih baik dengan dunia luar dalam era digital hari ini.

“Akhir sekali, meneutralkan wabak global, iaitu memerangi dan menangani wabak terbabit bersama-sama rakyat sekali gus memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua,” jelasnya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru