Chieng Jen harus minta maaf kepada pengundi

KUCHING: Kenyataan Pakatan Harapan (PH) dan DAP menunjukkan pendapat mereka saling bertentangan dan tidak senada.

Pengerusi SUPP Cawangan Stakan Sim Khiang Chiok berkata, perubahan dalam kerajaan dimulakan oleh ahli dalam parti itu sendiri dan tidak dapat bekerjasama.

“Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen harus meminta maaf kepada pengundi daripada menyalahkan GPS,” kata Khiang Chiok.

Jelasnya, perpaduan itu merupakan kekuatan jika tiada perpaduan maka rumah itu runtuh.

Khiang Chiok berkata, tawaran DAP itu ditolak seluruh rakyat Sarawak kerana tahu PH gagal menunaikan janji 20 peratus royalti minyak dan gas, 50 peratus cukai dikutip dikembalikan, 30 peratus dana pembangunan yang diperuntukkan di bawah belanjawan tahunan Kerajaan Persekutuan. \

Katanya lagi, begitu juga baik pulih sekolah uzur tidak dilaksanakan walaupun Kerajaan Sarawak diminta membayar pinjaman pendahuluan oleh Kerajaan Persekutuan.

“PH tidak boleh dipercayai dengan janji mereka, kata-kata atau perbuatan mereka.

“PH dan DAP tidak lagi boleh dipercayai apabila mereka kerap menipu kerana mereka tidak dapat menunai janji,” tegasnya.

Kata Khiang Chiok, Kerajaan Sarawak memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ingin melihat kestabilan di negara dan melayani kepentingan Sarawak dahulu.

Suara Sarawak