ARTIKEL

Chong (kanan) menjawab soalan daripada pemberita, bersama Violet.

Chieng Jen tidak sokong Usul Penghargaan, kononnya hendak jaga nama baik Almarhum Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan Presiden Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berkata beliau tidak menyokong Usul Penghargaan kepada mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak (TYT), Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, untuk menjaga nama baik Tun Taib.

Malah, beliau juga enggan menyertai perbahasan usul berkenaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini untuk mengelak apa yang beliau sebut sebagai ‘kepincangan’ dalam pentadbiran Tun Taib dahulu ketika mengemudi negeri ini.

‘’Dalam usul ini, saya fikir ia (kepincangan) perlu disebut, tetapi sebagai penghormatan, saya tidak mahu bercakap buruk tentang orang yang telah tiada.

“Jadi saya hanya menggunakan frasa ‘mencurigakan’ dalam seluruh pentadbirannya sebagai Ketua Menteri sebelum ini,’’ katanya.

Ahli DUN (ADUN) Padungan itu berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bilik Media Bangunan DUN Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam perbahasan menyokong usul tersebut, Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Stampin, telah menyuarakan keengganannya dan rakannya dalam DAP Sarawak yang juga ADUN Pending, Violet Yong, untuk menyokong usul tersebut.

Menurutnya, walaupun Tun Taib mungkin menyumbang kepada pembangunan Sarawak, pentadbirannya ketika Almarhum menjadi Ketua Menteri adalah “mencurigakan”.

“Saya tidak mahu bercakap buruk tentang orang yang telah meninggal dunia.

“Tun Taib mungkin telah menyumbang kepada pembangunan negeri tetapi timbul juga kecurigaan terhadap pentadbirannya ketika menjadi Ketua Menteri.

“Oleh itu, saya tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan kecuali menyatakan pendirian saya dan rakan saya, ADUN Pending, bahawa kita tidak akan menyokong usul ini,” kata Chong.

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU