ARTIKEL

China beri komitmen bantu keluarkan mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar – Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEIJING: China memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Myanmar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata pihak China dan Malaysia akan memperincikan bagaimana proses bagi membawa mereka keluar dari Myanmar melalui negara Negara Tembok Besar itu dapat dilaksanakan.

“Pihak Malawakil kita akan buat follow up bagaimana kita akan mempermudahkan kaedahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Fadillah yang dalam lawatan rasmi sulung ke China dari 12 hingga 19 Nov, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China Yu Jianhua dan Naib Premier China Liu Guozhong di sini semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata difahamkan terdapat puluhan atau mungkin ratusan kes penipuan pekerjaan melibatkan rakyat Malaysia di Myanmar.

“Apabila terlibat dengan jenayah scam ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan, maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik,” katanya. 

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

RCI Batu Puteh bagi tambah baik isu kedaulatan

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais