ARTIKEL

China gesa Israel henti keganasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China berharap Palestin dan Israel dapat menyambung semula rundingan untuk merealisasikan ‘penyelesaian dua negara’, kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun,

“Pelbagai kumpulan di Palestin diharap dapat meningkatkan perpaduan dan mencapai persepakatan melalui dialog dan rundingan,” kata Zhang ketika berucap pada sesi Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin, pada Rabu.

Beliau menambah situasi di beberapa kawasan Palestin yang diduduki Israel masih dalam keadaan tegang dan semakin meruncing.

Zhang berkata, China menggesa Israel menghentikan tindakan mengusir penduduk Palestin atau merobohkan rumah penduduk tempatan, dan menyediakan pembangunan kepada komuniti di Tebing Barat.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada Palestin termasuk dalam bentuk kewangan, usaha membendung wabak COVID-19 dan pembinaan semula di Semenanjung Gaza.

“China menyokong Palestin dan Israel mengadakan penyelarasan dalam bidang ekonomi dan hal ehwal awam, serta menyeru agar kepungan dan sekatan terhadap Semenanjung Gaza dibatalkan secepat mungkin,” kata Zhang. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)