ARTIKEL

China, Jepun, Korea S adakan rundingan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Diplomat tertinggi China dan Jepun tiba di Korea Selatan pada Sabtu bagi rundingan tiga hala dengan rakan sejawatan bagi menyambung semula sidang kemuncak pemimpin tiga negara yang tertangguh sejak sekian lama.

Menteri Luar China, Wang Yi dan Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa masing-masing tiba di Busan pada petang Sabtu. Mereka mengadakan rundingan dua hala dengan Menteri Luar, Park Jin pada Ahad, sebelum rundingan tiga hala pada hari yang sama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kali terakhir sidang kemuncak tiga hala diadakan di bandar Chengdu di barat daya China dan selepas itu ia tidak dapat dianjurkan berikutan pandemik COVID-19 dan hubungan dingin antara Seoul dengan Tokyo berhubung isu pampasan buruh paksa Korea Selatan pada 1910-1945.

Perbincangan untuk menjayakan semula sidang kemuncak itu mendapat momentum kembali selepas Korea Selatan mengumumkan pada Mac bahawa ia memberi pampasan kepada buruh paksa tanpa meminta sumbangan daripada syarikat Jepun. – Bernama-Yonhap

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU