ARTIKEL

China kecewa AS guna kuasa veto halang keanggotaan Palestin dalam PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi menerima Palestin sebagai anggota rasmi PBB berikutan AS menggunakan kuasa veto, pada Khamis.

Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong menyebut 18 April sebagai “hari menyedihkan”.
“Kerana kuasa veto AS, permohonan Palestin untuk menjadi anggota rasmi PBB ditolak. Impian rakyat Palestin selama berpuluh tahun, hancur. China berasa amat kecewa atas keputusan AS,” kata Fu.

Beliau menyatakan negara berkaitan tidak menyokong Palestin menjadi anggota rasmi PBB dengan alasan Palestin tidak mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara.

China tidak bersetuju dengan tanggapan tersebut.

Mengulas lanjut, Fu Cong berkata, situasi di Palestin mengalami banyak perubahan dalam 13 tahun lalu, yang paling besarnya ialah pusat penempatan Yahudi di Tebing Barat semakin diperluas, menjadikan ruang hidup rakyat Palestin sebagai sebuah negara semakin terhimpit, hingga asas “penyelesaian dua negara” terjejas.

Beliau mendakwa ada negara tertentu membiarkan tindakan tersebut, tetapi pada masa ini mempersoalkan ketidakmampuan Palestin mentadbir negara.

Fu menekankan penubuhan negara yang merdeka merupakan hak rakyat Palestin yang tidak boleh dirampas, ia juga tidak boleh dipersoalkan atau diperdagangkan.

Baca lain  Sanggup berbasikal untuk tunaikan ibadah Haji

“Memandangkan Israel semakin jelas menolak ‘penyelesaian dua negara’, PBB menerima Palestin sebagai negara anggotanya dapat membantu Palestin menikmati status yang sama rata dengan Israel, selain membantu menyediakan syarat untuk memulihkan rundingan Palestin-Israel.

“Semua negara yang menyokong ‘penyelesaian dua negara’ tidak seharusnya menentang keanggotaan rasmi Palestin dalam PBB,” kata Fu.

Beliau percaya suatu hari nanti negara Palestin dapat menikmati hak sama rata dengan semua negara anggota lain dalam PBB.

Palestin dan Israel sebagai negara jiran dapat wujud bersama secara damai dan rakyat Palestin pula dapat hidup aman sentosa.

“China terus berusaha gigih dan memainkan peranan yang membina supaya matlamat tersebut dapat menjadi kenyataan seawal mungkin,” kata Fu.
– Bernama-CMG

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU