ARTIKEL

China keluarkan amaran cuaca buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji.

Pihak berkuasa memperbaharui amaran oren yang tertinggi dalam sistem tiga peringkat negara, memberi amaran bahawa suhu purata turun enam hingga 12 darjah Celsius menjelang Jumaat di selatan, dengan yang kini sekitar sifar darjah Celsius.

Di sesetengah kawasan, suhu menjunam sehingga lebih daripada 20 darjah Celsius, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) di media sosial.

Agensi berita negeri Xinhua berkata, NMC menyeru kerajaan tempatan untuk mengambil langkah berjagajaga amaran cuaca sejuk, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memanaskan badan dan menggesa langkah perlu untuk melindungi tanaman dan produk akuatik.

Di Beijing, suhu berlegar sekitar beku pada Rabu, penduduk yang terjaga turut mendapati ibu kota itu diselubungi warna putih berikutan salji semalaman.

Trafik menjadi bertambah perlahan di lebuh raya di bandar ini, manakala jalan dipenuhi salji terbukti berbahaya bagi penumpang dan penunggang basikal.

Baca lain  AS disaran bertindak sehaluan dengan China

Pihak berkuasa perbandaran berkata, sehingga 4.1 sentimeter salji turun di beberapa kawasan pinggir bandar dan mengeluarkan amaran jalan berais.

“Penduduk disyorkan mengatur semula perjalanan mereka, menggunakan bas awam dan kereta bawah tanah, memandu kereta dengan perlahan serta memberi perhatian kepada keselamatan,” kata kerajaan bandar dalam satu kenyataan dalam talian, pada petang Selasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,