ARTIKEL

Kredit: CMG | BERNAMA

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini.

China mengalu-alukan sektor korporat dari pelbagai negara terus melabur dan memperhalusi urus niaga mereka di negara ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media pada 17 Mei.

Menurut laporan berkenaan, Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini dalam satu laporan tinjauan ekonomi bagi musim bunga 2024 telah menaikkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China sebanyak 0.2 mata peratus kepada 4.8%.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa agensi kewangan antarabangsa yang juga masing-masing meningkatkan unjuran mereka terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini.

Sehubungan itu, Wang menyatakan bahawa China telah menyaksikan operasi ekonominya terus pulih dan tercapainya satu permulaan yang baik dalam pembangunan sosioekonomi sejak awal tahun ini. Kadar pertumbuhan ekonomi China mencatat 5.3% pada suku tahun pertama tahun ini.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor perkilangan mencatat 50.4% pada April.

Selain itu, jumlah import eksport perdagangan barangan bagi April meningkat 8% tahun ke tahun dengan mencecah RMB3.64 trilion (RM2.36 trilion), iaitu satu rekod baharu bagi tempoh yang sama dalam sejarah.

Wang menekankan bahawa pembangunan China yang bersifat terbuka, boleh mencipta peluang yang dikongsi seluruh dunia.

“Sebahagian institusi kewangan antarabangsa seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley, Citigroup dan UBS baru-baru ini telah berturut-turut meningkatkan unjuran mereka terhadap pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini, ” ujar Wang.

Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46% kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.

Sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan Amerika Syarikat, Kearney, menganggap bahawa China yang mempunyai kapasiti ekonomi yang amat besar dan dasar yang stabil dan proaktif, telah melaksanakan sebahagian langkah termasuk membatalkan sekatan terhadap akses pelaburan asing dalam sektor perkilangan dengan menyeluruh, yang dilihat sangat kondusif bagi peningkatan keyakinan pelabur asing.

“Tidak syak lagi China akan terus memainkan peranan sebagai enjin bagi pertumbuhan ekonomi dunia dan destinasi yang popular bagi pelaburan asing, memandangkan perkembangan ekonominya kekal stabil dan tahap keterbukaannya semakin meningkat,” kata Wang. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup