ARTIKEL

Perdana Menteri China Li Qiang menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China.

China, Malaysia bekerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: China akan bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan sinergi dalam strategi pembangunan, memanfaatkan sepenuhnya kekuatan pelengkap, dan mempromosikan kemajuan kukuh dalam projek utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Dua Negara, Dua Taman, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Rabu.

Li berkata China juga akan mengembangkan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, meluaskan kerjasama dalam bidang logistik, tenaga baharu, kecerdasan buatan, ekonomi digital, dan peralatan kereta api serta mempertingkatkan kerjasama dalam pembasmian kemiskinan, untuk mencapai manfaat bersama yang lebih baik.

Beliau tiba untuk lawatan rasmi selama tiga hari di Malaysia pada Selasa, destinasi ketiga dan terakhir dalam lawatannya selama lapan hari yang telah membawa beliau ke New Zealand dan Australia.

“Kedua-dua negara juga perlu memperdalam pelancongan, pendidikan, belia, hubungan sub-nasional, pertukaran antara rakyat dan budaya, serta memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua pihak,” kata Li dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar China..

Ia berkata China juga bersedia untuk meningkatkan koordinasi multilateral dengan Malaysia untuk bersama-sama menggerakkan Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Aman dan nilai-nilai Asia tentang keamanan, kerjasama, keterangkuman dan integrasi, mendukung pemusatan ASEAN dalam kerjasama serantau, memajukan pelaksanaan berkualiti tinggi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

China juga komited untuk menyelesaikan rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) Versi 3.0 secepat mungkin bagi memberi sumbangan yang lebih positif kepada keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan di rantau ini dan dunia yang lebih luas.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP