ARTIKEL

Kredit: China Media Group (CMG) | BERNAMA

China sedia tingkat kerjasama strategik dengan Indonesia — Presiden Xi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEIJING: China komited bekerjasama dengan Indonesia ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama negara yang berpengaruh di peringkat serantau dan global, kata Presiden China Xi Jinping pada Isnin.

Xi semasa pertemuan bersama bakal Presiden Indonesia yang juga ketua Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) Prabowo Subianto di sini menekankan kerjasama itu sehingga membawa lebih banyak manfaat buat rakyat serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran rantau dan dunia.

Presiden Xi berkata China dan Indonesia merupakan dua negara membangun utama dan pasaran baru muncul.

Menurut beliau, kedua-dua pihak sentiasa menyokong satu sama lain dalam memperjuangkan kemerdekaan bangsa dan pembangunan negara.

“Untuk masa hadapan, kita (China dan Indonesia) harus terus berkolaborasi dan bersatu padu bagi menunjukkan contoh baik dalam kerjasama saling menguntungkan dan pembangunan bersama, serta menjadi pelopor kerjasama Selatan-Selatan,” kata beliau.

Xi turut menyatakan kesediaan China untuk mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Indonesia, berkongsi pengalaman tadbir urus negara dan mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan.

Baca lain  Tidak hantar senjata kepada negara perang

“Selain projek ‘Dua Negara, Taman Kembar’ dan Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau yang giat dilaksana, kedua-dua pihak harus terus memperkasa kerjasama maritim.

“Kami sudi mengukuhkan kerjasama dengan Indonesia dalam pengurangan dan pembasmian kemiskinan, dan memberikan sokongan dalam hal ini,” katanya.

Di peringkat serantau, Xi menyatakan China akan bersama Indonesia untuk menegakkan perpaduan dan kepusatan ASEAN, mempertahankan kerangka serantau terbuka dan inklusif serta membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.

Sementara itu, Prabowo berkata Indonesia dan China akan teguh menyokong kepentingan teras satu sama lain, menggerakkan perkembangan berkualiti hubungan dua hala secara menyeluruh, dan melaksanakan konsensus penting untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama negara. — BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,