ARTIKEL

CHONG CHIENG JEN

Chong Chieng Jen dilantik sebagai Pengerusi NIOSH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dilantik sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau hari ini hadir ke Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali ke-24 (COSH 2024) serta Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kali keenam (SciCOSH 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis anjuran NIOSH itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Dalam ucapan, Chong menyatakan majikan yang mengabaikan kebajikan pekerja berhadapan hukuman lebih berat di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, jika dikuatkuasakan kelak.

Sehubungan itu katanya, NIOSH sentiasa berusaha membantu para pemegang taruh membuat persediaan ke arah transformasi digital termasuk membantu majikan dan pekerja memahami aspek perundangan.

“Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang akan dikuatkuasakan, pindaan melibatkan hukuman lebih berat kepada mereka yang mengabaikan kebajikan pekerja.

“Bagi membantu majikan dan pihak industri memahami serta memenuhi keperluan undang-undang tersebut, NIOSH turut menyediakan khidmat rundingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) secara menyeluruh yang disokong oleh tenaga pakar dan 13 makmal bertaraf antarabangsa,” katanya.

Baca lain  Hutang negara berada pada had dibenarkan - Tengku Zafrul

Jelasnya, NIOSH telah melakukan perubahan dan memberi nilai tambah kepada lebih 100 program latihan yang disediakan agar memenuhi kehendak semasa serta keperluan masa hadapan.

Pameran COSH dan SciCOSH katanya, mengumpul pakar dalam bidang KKP selain memberi peluang untuk mereka yang terlibat dalam industri berkaitan mempamer dan berkongsi pengetahuan mengenai teknologi terkini.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

Isu DNB diputuskan minggu depan – Anwar

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri

BERITA TERBARU