ARTIKEL

Khere Chiang pada sidang media menunjukkan keratan akhbar mengenai bangunan kedai di Batu 3 1/2 yang dikatakan tidak selamat.

Chong Chieng Jen harus bantu, beri nasihat kepada pemilik bangunan kedai di Batu 3 1/2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen seharusnya memberi nasihat kepada pemilik bangunan kedai di Batu 3 1/2 untuk bertanggungjawab dan membaik pulih sendiri premis mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, ini kerana bangunan tersebut merupakan hartanah persendirian dan memiliki surat milik tanah individu.

“Seperti contoh, sekiranya pagar saya hampir runtuh, saya akan mendapatkan nasihat daripada pihak profesional dan membelanjakan wang saya sendiri untuk membaiki pagar saya sendiri.

“Saya tidak boleh meminta pihak majlis untuk memperbaiki pagar saya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat ADUN Batu Kitang di sini, hari ini.

Justeru, kata Khere Chiang, Chieng Jen seharusnya membantu pemilik kedai mendapatkan nasihat pihak profesional dan membaik pulih hartanah mereka, sama ada meruntuhkan keseluruhan atau sebahagian bangunan atau mengukuhkan struktur sedia ada untuk menangani masalah keretakan yang dilaporkan.

Tambahnya, bangunan kedai tersebut merupakan bangunan dua tingkat dan bukan bangunan yang tinggi.

Oleh itu, jelasnya, bangunan tersebut boleh diperbaiki dengan memperkukuhkan tingkat satu bangunan serta memperbaiki rasuk dan tiang sedia ada atau menyediakan sokongan struktur penegak sebagai alternatif untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang boleh berlaku pada bangunan kedai tersebut.

Baca lain  Aktiviti ‘plogging’ beri impak positif terhadap kelestarian alam sekitar — Nik Nazmi

“Pemilik boleh membaik pulih sendiri hartanah mereka atau bekerjasama dengan jiran mereka untuk menjalankan kerja pengubahsuaian bersama,” katanya lagi.

Kata Khere Chiang, adalah tidak bertanggungjawab bagi Chieng Jen untuk lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada MPP dan menyalahkan pihak majlis atas keadaan rumah kedai tersebut.

Malah, ADUN Batu Kitang itu juga hairan kenapa Chieng Jen tidak menasihatkan penyewa bangunan kedai itu untuk berpindah ke tempat lain kerana kedua-dua mereka mengesahkan bahawa terdapat risiko yang boleh berlaku berikutan kegagalan struktur.

“Mengapa terus menyewa di lot kedai setelah mengetahui ada bahaya akan berlaku dan meletakkan diri sendiri dalam risiko?

“Di manakah logik di sebalik kedegilan ini untuk terus menyewa di hartanah tersebut tetapi pada masa yang sama mengadu mengenai bahaya menduduki rumah kedai yang disewa?” soalnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan Chieng Jen untuk berhenti mengelirukan orang ramai dan berhenti menuding jari kepada pihak majlis, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Khere Chiang sendiri serta menteri.

Baca lain  IPD Kuching sedia digerakkan hadapi banjir

Ini kerana, katanya, Chieng Jen harus bertanggunjawab dan menasihatkan pemilik premis untuk bertanggungjawab atas hartanah mereka sendiri dengan memperbaiki sebarang kecacatan struktur yang terdapat pada rumah kedai mereka.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual