Chong Chieng Jen pengerusi baharu PH S’wak

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang baharu.

Setiausaha Publisiti PH Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata pelantikan Chong di buat dalam mesyuarat PH semalam bagi menggantikan Baru Bian yang telah meletak jawatan.

“Berikutan peletakan jawatan Pengerusi Keadilan Sarawak yang juga Pengerusi PH Sarawak, struktur PH Sarawak diperkemas kini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Abang Zulkifli berkata struktur baharu PH Sarawak turut menyaksikan Dr Michael Teo Yu Keng dilantik sebagai Timbalan Pengerusi I, Abang Abdul Halil Abang Naili (Timbalan Pengerusi II), Senator Alan Ling Sie Kiong (Setiausaha), Chiew Chiu Sing (Bendahari) Saifunnizam Sam (Pemuda Negeri) dan Violet Yong (Ketua Wanita).

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

Suara Sarawak