Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Chong gesa Kerajaan Sarawak tarik balik kenaikan kadar cukai tanah 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Chong Chieng Jen

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggesa Kerajaan Sarawak menarik balik keputusannya untuk mengenakan kenaikan kadar cukai tanah yang tinggi di negeri ini.

Katanya, cukai antara 400 dan 700 peratus itu tidak munasabah dan akan menjejaskan kira-kira 59,000 pemilik hartanah.

Beliau berkata, bagi kegunaan rumah kedai, kadar kenaikan dari RM0.22 hingga RM1.62 semeter persegi, bersamaan dengan kenaikan lebih 700 peratus ke atas pemilik rumah kedai.

Chong Chieng Jen

“Bagi hartanah untuk pejabat dan pembangunan kadar kenaikan daripada 5 sen kepada 23 sen bagi setiap meter persegi bersamaan dengan kenaikan   400 peratus manakala bagi lot perindustrian, kenaikan daripada sembilan sen kepada 43 sen semeter persegi

“Pada skala apa pun, kenaikan lebih daripada 400 hingga 700 peratus dalam caj kerajaan untuk cukai tanah  sewa terhadap pemilik harta tanah adalah terlalu tinggi dan tidak munasabah,” katanya.

Adun Padungan itu membangkitkan perkara itu sebagai respon terhadap  pengumuman Kerajaan Sarawak semalam mengenai semakan semula cukai tanah bagi pelbagai hartanah di Sarawak yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Jelas Chong lagi, autonomi negeri juga tidak boleh digunakan untuk mengeksploitasi rakyat, tetapi harus digunakan untuk membantu rakyat.

“Ini nanti akan memberi kesan kepada rumah kedai, lot komersial dan perindustrian serta tanah pertanian berskala sederhana hingga besar,” katanya lagi.

Oleh itu tegasnya, daripada meningkatkan kadar cukai tanah, Kerajaan Sarawak harus mempertimbangkan untuk memansuhkan semua cukai pintu, atau sekurang-kurangnya meletakkan moratorium ke atas pembayarannya untuk tempoh tertentu dalam masa yang sukar ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan