ARTIKEL

Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.

Chong gesa kerajaan tingkat usaha tangani masalah banjir kilat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen menggesa Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan usaha dalam menangani masalah banjir kilat sekitar kawasan ini.

Beliau berkata, banyak kediaman dinaiki air di kawasan parkir mereka, malah terdapat rumah penduduk yang kurang bernasib baik juga dimasuki air.

Selain itu katanya, beberapa kawasan juga terjejas teruk seperti Jalan Penrissen Batu 8-Batu 9, Batu 7, kawasan Haji Baki, Semaba, Kampung Bumbok, Matang, Green Road, Jalan Mendu, Jalan Sekama, Hua Joo Park, Jalan Tun Haji Openg (Hospital Umum Sarawak) Jalan Jamboree Stakan, Kampung Sinar Budi, Desa Wira dan Rantau Panjang.

“Hujan lebat malam tadi dan pagi ini telah mendedahkan kekurangan pada sistem perparitan di Bandar Kuching.

“Tiga majlis perbandaran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Kerajaan Sarawak harus meningkatkan usaha mereka untuk menyelesaikan atau sekurang-kurangnya menangani masalah banjir kilat yang kerap ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu Chieng Jen berkata, kerajaan boleh mengambil langkah seperti membersihkan longkang tersumbat secara berkala adalah cara yang paling mudah dan paling murah untuk mengurangkan masalah banjir kilat, namun ia tidak dijalankan secara berkala.

Selain itu katanya, langkah lain seperti membina lebih banyak saluran keluar air atau membesarkan saluran keluar air.

“Pembinaan saluran keluar air pada ketika ini mungkin lebih mahal, namun ia tidak mustahil dilaksanakan memandangkan Kerajaan Sarawak mempunyai sumber dari segi tenaga kerja mahupun kemampuan kewangan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU