ARTIKEL

BERCAKAP... Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

Chong gesa, segera naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata beliau akan berhubung dengan kementerian pengangkutan dalam usaha menggesa kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Pendekatan itu katanya, sebagai usaha menyokong permintaan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah agar LTAK dapat dinaik taraf segera memandangkan Sarawak menganjurkan beberapa acara berprestij pada masa terdekat.

“Saya membantu untuk berhubung dengan kementerian pengangkutan atas permintaan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak untuk menaik taraf LTAK.

“Lapangan terbang wajah kepada destinasi pelancongan dan tanggapan pertama diberikan kepada mana-mana pelancong yang melawat sesuatu destinasi.

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan Abdul Karim bahawa LTAK memerlukan peningkatan besar ke atas kemudahan agar setanding atau lebih baik dengan semua lapangan terbang antarabangsa negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Chong, usaha itu mendesak memandangkan Sarawak akan menganjurkan banyak acara besar dan antarabangsa dalam beberapa bulan akan datang.

Selain itu, beliau turut menegaskan usaha itu perlu memandangkan Sarawak kini dalam fasa pertumbuhan pesat dengan ketibaan pelancong yang ramai.

“Tepat pada masanya LTAK perlu diperluas untuk menampung jangkaan peningkatan ketibaan pelancong,” katanya.

Kali terakhir LTAK mempunyai kerja lanjutan dan naik taraf utama pada 2003, iaitu 20 tahun lalu.

Sejak itu, ketibaan pelancong dilihat meningkat berlipat kali ganda.

Jelas Chong, wajar LTAK menaik taraf kemudahan sedia ada.

“Di samping menaik taraf kemudahan sedia ada, saya menggesa Menteri Pengangkutan memperuntuk perbelanjaan modal untuk lanjutan LTAK.

“Kami berharap Kementerian Pengangkutan mengutamakan kerja menaik taraf dan projek lanjutan LTAK,” katanya.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA