Trending

CIMB bank dinobatkan bank runcit terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: CIMB Bank dinobatkan sebagai Bank Runcit Terbaik di Malaysia pada Anugerah Kecemerlangan Global dalam Perkhidmatan Kewangan Runcit (RFS) 2023 oleh The Asian Banker berikutan kepimpinan yang berterusan dalam ruangan bank pengguna.

Dalam kenyataan semalam, katanya pengiktirafan itu adalah selaras dengan fokus CIMB untuk meneraju keutamaan digital dalam menghasilkan pengalaman pelanggan yang unggul sekali gus menyumbang kepada kecekapan kos dan prestasi perniagaan keseluruhan yang lebih baik.

Anugerah itu disampaikan di Konvensyen Kecemerlangan Perkhidmatan Kewangan Runcit Ke-22 anjuran The Asian Banker di Hanoi, Vietnam.

Anugerah Kecemerlangan Global dalam RFS adalah program anugerah yang teliti, berprestij dan telus bagi meraikan kepimpinan institusi dan individu dalam perkhidmatan kewangan runcit di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna dan Digital kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata anugerah berkenaan memaparkan tumpuan berterusan bank itu untuk memangkin teknologi dan pembolehan digital sebagai perantara bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian berkembang.

“Kami akan terus mengekalkan hala tuju, menjalankan inovasi dengan penuh tanggungjawab, meletakkan keselamatan sebagai keutamaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih bermakna kepada pelanggan,” katanya.

Pengarah Penyelidikan The Asian Banker Christian Kapfer berkata fokus CIMB untuk memperoleh akaun semasa dan akaun simpanan serta komitmen terhadap pendigitalan menyumbang kepada peningkatan kepuasan pelanggan, kecekapan kos dan produktiviti. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru