ARTIKEL

Cinta di sebalik luka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

This Commando’s Treasure mengisahkan perjalanan hidup Thariq Ridzuwan, seorang leftenan dalam unit khas komando yang dikenali sebagai anggota tentera yang berdisiplin tinggi, tenang dan sentiasa berfi kiran positif dalam menghadapi setiap cabaran.

Sebagai seorang yang dilatih untuk berdepan dengan situasi genting, Thariq memiliki kekuatan fi zikal dan mental yang luar biasa.

Namun, di sebalik keteguhan dirinya yang sering menjadi sandaran orang lain, tersembunyi kisah silam yang penuh dengan luka, kehilangan dan rahsia yang dipendam sekian lama.

Bagi dunia luar, Thariq merupakan seorang lelaki yang sempurna, berani, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain melebihi dirinya sendiri.

Namun, tiada siapa yang mengetahui bahawa hatinya masih menyimpan luka daripada pengalaman lalu yang membentuk dirinya menjadi seorang yang sukar membuka ruang untuk berkongsi kelemahan.

Sebagai seorang komando, dia terbiasa menyembunyikan kesakitan dan berjuang dalam diam walaupun dirinya sendiri memerlukan seseorang yang dapat memahami serta menerima dirinya seadanya.

Takdir kemudian menemukan Thariq dengan Husniya Radwa, seorang wanita yang memiliki keperibadian yang berbeza daripadanya. Husniya dikenali sebagai seorang yang dingin, keras kepala dan sukar mempercayai orang lain.

Sikapnya bukan berpunca daripada keangkuhan, sebaliknya lahir daripada pengalaman pahit serta trauma masa lalu yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupannya.

Husniya turut berdepan dengan gangguan kebimbangan (anxiety) dan kemurungan (depression).

Keadaan itu menyebabkan dia sering berdepan dengan konfl ik emosi, rasa takut serta kesukaran untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.

Luka yang tidak kelihatan menjadikan Husniya lebih berhati-hati dalam menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.

Namun, kehadiran Thariq sedikit demi sedikit mengubah dunia Husniya.

Dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang yang tidak pernah memaksa, Thariq berusaha memahami setiap sisi diri Husniya.

Dia tidak melihat kelemahan wanita itu sebagai beban, sebaliknya menerima segala kekurangan sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu dilalui bersama-sama.

Hubungan mereka berkembang daripada rasa saling tidak mempercayai kepada satu ikatan yang penuh makna.

Thariq menjadi insan yang membantu Husniya menemukan kembali keyakinan dirinya, manakala Husniya pula mengajar Thariq bahawa seseorang yang kelihatan kuat juga berhak untuk disayangi dan difahami.

Cinta yang hadir antara mereka akhirnya membawa kepada penyatuan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, alam perkahwinan mereka tidak terlepas daripada pelbagai dugaan.

Husniya masih perlu berdepan dengan kesan trauma dan cabaran kesihatan mental yang kadangkala menguji kekuatan dirinya.

Pada masa sama, Thariq berdepan dengan dilema apabila rahsia besar yang selama ini disimpannya mula menghantui kehidupan mereka.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila campur tangan keluarga, salah faham, konfl ik dalaman serta kehadiran individu yang mempunyai niat jahat mula menggugat hubungan mereka.

Mereka diuji dari segi kepercayaan, kesetiaan dan kemampuan untuk mempertahankan cinta yang dibina.

Dalam menghadapi setiap cabaran, Thariq dan Husniya perlu belajar bahawa perkahwinan bukan sekadar berkongsi kebahagiaan, tetapi juga memerlukan keberanian untuk menghadapi kesakitan bersama.

Mereka perlu memahami bahawa cinta yang sebenar memerlukan pengorbanan, komunikasi, kesabaran dan kesediaan untuk terus memilih satu sama lain walaupun berdepan dengan keadaan yang sukar.

This Commando’s Treasure merupakan novel romantik yang sarat dengan emosi serta mengangkat tema cinta, pengorbanan, trauma, kesihatan mental dan kekuatan jiwa.

Kisah ini bukan sekadar mengisahkan hubungan antara seorang anggota komando dengan seorang wanita yang terluka, tetapi juga perjalanan dua insan yang saling membantu menyembuhkan luka masing masing.

Novel ini menyampaikan mesej bahawa cinta sejati bukan hanya hadir ketika kehidupan dipenuhi kebahagiaan, tetapi menjadi lebih bermakna apabila seseorang tetap memilih untuk bertahan, memahami dan memberikan sokongan ketika pasangannya berada dalam keadaan paling rapuh.

Melalui kisah Thariq dan Husniya, pembaca dibawa menyelami realiti bahawa setiap manusia mempunyai perjuangan yang tidak kelihatan.

Kasih sayang yang tulus mampu menjadi kekuatan untuk mengatasi trauma, membina semula keyakinan diri dan mencipta harapan baharu.

This Commando’s Treasure membuktikan cinta yang ikhlas bukan sahaja mampu menyatukan dua hati, malah mampu menjadi jalan untuk menemukan kembali makna kebahagiaan dan sebuah keluarga yang sebenar.

BERITA LAIN

Bongkar rahsia pemikiran Elon Musk

Tajuk: The Book of Elon: Panduan Visi dan Kejayaan (Edisi Bahasa Melayu)  Penulis: Eric Jorgenson (Ilustrasi oleh Jack Butcher & Prakata oleh Naval Ravikant)  Penerbit: AcePremier.com Sdn Bhd 

Panduan dan terapi pelat

Buku Panduan dan Terapi Pelat karya Noormala Anuar Ali merupakan sebuah buku yang menarik dan bermanfaat, khususnya kepada ibu bapa, penjaga, guru serta individu yang

BERITA TERBARU