ARTIKEL

Cinta Rasulullah SAW

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RASULULLAH SAW nabi terakhir yang diturunkan Allah sebagai rahmat ke seluruh alam.

Termaktub dalam an-Anbiya: 107 yang bermaksud “Dan tidaklah kami mengutusmu (Muhammad SAW), melainkan menjadi rahmat semesta alam.”

Sepanjang hidup, baginda menghadapi pelbagai cabaran sejak kecil.

Baginda menghadapi tentangan kuat kaum Quraisy dan penguasa Makkah ketika baginda pertama kali cuba menyampaikan seruan setelah menerima wahyu daripada Allah melalui Jibril.

Para pemuka Quraisy mencuba pelbagai kaedah menghentikan penyebaran Islam.

Kemudian baginda serta pengikutnya melakukan hijrah ke kota Madinah dengan niat menyebar luas agama Islam.

Di Madinah, Muhammad SAW menjadi pemimpin dan mengadakan perjanjian dengan pelbagai suku dan kaum memastikan keamanan dan kestabilan di kota Madinah.

Pihak Quraisy melakukan pelbagai usaha mengekang dakwah Rasulullah SAW. 

PERJANJIAN

Kemudian berlaku beberapa pertempuran dengan puak Quraisy seperti pertempuran Badar, pertempuran Uhud dan kemudian baru termeterai perjanjian Hudaibiyah.

Akhirnya, Makkah jatuh ke tangan Nabi Muhammad SAW pada 630 Masihi setelah kaum Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.

Muhammad juga menghadapi konflik dengan pelbagai suku Arab lainnya, terutama suku Yahudi di wilayah tersebut

Konflik ini terkait dengan masalah politik dan keamanan.

Muhammad SAW juga menghadapi tugas membangun masyarakat Islam baharu di Madinah. Ini melibatkan pembentukan hukum Islam (syariah), pengembangan institusi sosial dan keagamaan serta pengaturan hubungan dengan suku lain.

Meskipun menghadapi pelbagai cabaran selama hidupnya, Muhammad SAW dianggap berhasil dalam menyebarkan syiar Islam dan membentuk masyarakat Muslim.

Pengaruhnya yang mendalam terus dirasakan dalam agama, budaya dan sejarah dunia Islam hingga hari ini.

Sebagai umat Islam, kita berperanan sebagai pewaris ajaran dan nilai Nabi Muhammad SAW memiliki pelbagai dimensi yang sangat penting.

Kita hendaklah menyebarkan ajaran Islam dan menguatkan kesemua penganut Islam. Ini melibatkan belajar dengan tekun tentang alQuran, hadis dan prinsip ajaran Islam.

Kita harus memahami dan merenungkan makna serta nilai dalam ajaran ini agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

PEWARIS

Sebagai pewarisnya, kita harus berusaha meneladani sifat baik seperti kejujuran, kebaikan, kasih sayang dan keadilan dalam interaksi seharihari dengan sesiapa sahaja.

Kita juga harus berusaha membina masyarakat yang adil, dengan hak semua individu dihormati, golongan yang lemah dilindungi dan dibantu meningkatkan kualiti hidup.

Kita hendaklah mengambil peranan dalam menyebarkan ajaran Islam dengan cara yang baik dan bijaksana serta bersama-sama melaksankan usaha mendidik masyarakat dalam pemahaman Islam.

Nabi Muhamma SAW mengajar kita agar bersatu dan bertoleransi dengan penganut agama lain.

Kita harus berusaha memelihara perpaduan dalam kalangan umat Islam dan berupaya mempromosikan dialog antara agama dan kerjasama antara budaya.

Kita harus menjalankan kewajipan agama seperti solat, puasa, zakat dan haji dengan penuh kesedaran dan keikhlasan.

Nabi Muhammad SAW mendorong kasih sayang dan berbuat baik sesama manusia. Kita seharusnya bekerja untuk membantu orang yang memerlukan, baik dalam bentuk amal, bantuan sosial serta inisitaif lain.

Saban tahun, kita menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati perjuangan dan pengorbanan baginda.

Sempena menyambut Maulidur Rasul bagi tahun ini, beberapa sekolah Musleh di Sarawak menyertai perarakan di kawasan masing-masing.

Penyertaan ini bertujuan memupuk terus rasa cinta dan kasih kepada Baginda Rasulullah SAW.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial