Cintaku pada tarian Singa

SARIKEI: Cinta dan minat yang sama mendorong sepasang suami isteri, Petrus Wansan, 20 dan Murni Jeffery, 19, bergiat aktif mempergiatkan tarian tradisi yang sinonim dengan kaum Tiong Hua itu.

Petrus yang bergiat aktif dalam tarian berkenaan sejak berusia 12 manakala, isterinya pula bermula 2015.

Menurut Petrus, tarian singa cukup istimewa di hatinya kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri.

“Pada mulanya saya agak janggal namun lama-kelamaan sudah terbiasa. Malah, kini saya semakin sayang terhadap tarian ini,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Petrus berkata, tarian singa lazimnya sinonim dengan kaum Cina tetapi boleh dikuasai oleh kaum lain termasuk Iban asalkan jika ada minat dan kesungguhan.

“Cinta saya terhadap tarian ini bertambah mekar dengan adanya isteri, Murni Jeffri. Lebih istimewa kami berpeluang mempersembahkanya di depan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya. yang kini menyertai kelab Yong Shen Sport.

Suara Sarawak