ARTIKEL

Cipta masa depan ekonomi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Malaysia perlu bersedia untuk mengambil risiko yang terhitung ketika menempa masa depan ekonomi baharu bagi negara ini, terutama dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perkara itu adalah antara tiga penekanannya untuk 2024 dalam menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kedua, kita mesti melaksanakan rancangan dengan tepat, 2024 adalah tahun penting untuk kita terus maju di atas asas yang dibina tahun lalu.

“Ketiga, kita mesti kekal di laluan yang dirangka, tidak kira betapa sukarnya cabaran.

Kita juga perlu menjelaskan inisiatif serta rasionalnya secara konsisten kepada rakyat, di samping manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang,” katanya menerusi catatan ‘2024: Masa Untuk Bersemangat Waja’ di Facebook rasminya semalam.

Beliau berkata, dalam menyambut kehadiran Tahun Baharu 2024, penting untuk mengimbau dan mengambil iktibar daripada cabaran tahun lalu.

“2023 adalah tahun yang penting bagi MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dalam membentuk masa depan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Malaysia bagi semua aspek iaitu pelaburan, perdagangan dan industri,” katanya.

Beliau berkata hasil paling mampan sentiasa mengambil masa untuk dilaksanakan, namun sama ada suka atau tidak, perubahan luaran bakal berlaku.

“Justeru, Malaysia perlu memastikan industrinya bersedia lebih awal supaya tidak terkemudian, dan MITI terus berada di landasan,” katanya.

Tengku Zafrul turut menegaskan, rakyat Malaysia memerlukan pemikiran radikal iaitu perlu yakin dalam mencapai sesuatu di luar jangkaan biasa, seperti penyelesaian radikal berdasarkan teknologi terbaharu bagi menyelesaikan masalah yang kelihatan mustahil untuk diatasi.

“Azam tahun baharu saya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia berfikiran sebegini dan meyakinkan mereka untuk terus berbuat demikian.

“Matlamat kita adalah untuk memperkukuh masa depan ekonomi Malaysia, dengan belia kita mempunyai pekerjaan dengan gaji yang berpatutan dan syarikat mencapai keuntungan berlipat ganda,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU