ARTIKEL

SIAP... Karim (tengah) bersama-sama wakil kementerian dan wakil penganjur mempamerkan info berkaitan persembahan.

Circus Great British pilih Sarawak sebagai destinasi anjur persembahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persembahan Hiburan Sarkas Secara Langsung pilihan nombor satu Malaysia, Sarkas Great British bakal membuat penampilan julung kalinya di Malaysia dengan memilih Sarawak sebagai lokasi pertama penganjuran kira-kira sebulan satu minggu bermula pada 8 Jun ini.

Bakal melangsungkan persembahan pertama di Stadium Negeri Sarawak pada 8 Jun hingga 14 Julai, acara yang dijangka bakal menarik pengunjung tempatan dan luar negeri itu meneruskan aksi di Miri dari 26 Julai hingga 25 Ogos.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan langkah tepat memperkasa Sarawak sebagai negeri yang bukan saja kaya dengan aktiviti muzikal, malah turut menjadi lokasi pilihan dalam seni hiburan yang pelbagai.

“Selain menghasilkan semua acara muzik antarabangsa seperti Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF), kita juga mengadakan sesuatu yang dijangka dapat menghiburkan kategori keluarga. Saya percaya perkara ini amat dialu-alukan oleh warga Sarawak.

“Kita mengadakan RWMF pada Jun jadi kita jangkakan orang ramai yang hadir menyaksikan RWMF sedikit-sebanyak memeriahkan juga festival muzik itu di samping mengikuti persembahan sarkas itu kelak.

“Semestinya ia menyumbang kepada perkembangan ekonomi apabila ramai berkumpul di satu tempat dengan memberi impak positif terhadap usahawan yang menubuhkan trak makanan dan semua itu memberi manfaat kepada mereka yang berada di luar Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media acara di Bangunan Baitulmakmur II hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan kementeriannya mengalu-alukan kehadiran sarkas di Sarawak menghiburkan keluarga dan kanak-kanak.

“Kementerian kita sudah pasti menyokong usaha penganjuran ini berikutan sudah agak lama sejak kali terakhir persembahan sarkas tidak dilaksanakan di Sarawak.

Tambahnya, pihaknya bersedia membantu pihak penganjur sekiranya mereka berkeinginan melaksanakan persembahan di tempat lain di Sarawak khususnya di Sibu.

Sementara itu, Pengasas Sarkas Kiril Kirilov berkata, pihaknya komited memilih Sarawak memandangkan negeri ini kini menjadi tumpuan sebagai pusat hiburan muzikal dan juga antara pilihan utama pelancongan di rantau asia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU