Trending

Cita Citata bakal ‘gegarkan’ Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Cita Citata yang terkenal dengan lagu ‘Sakitnya Tuh Di Sini’ bakal membuat persembahan khas sempena Festival Wonderful Indonesia pada Sabtu ini.

Cita Citata dijadualkan membuat persembahan pada jam 10 malam di pentas Tebingan Kuching selepas majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pengumuman mengenai penampilan khas Cita Citata di pentas Festival Wonderful Indonesia didedahkan oleh Penolong Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan Republik Indonesia Novi Rahayu dalam sidang media petang tadi.

Menurut Novi, sebelum Cita Citata membuat persembahan Duo Petromax akan membuka tirai persembahan dengan persembahan muzik live sebelum penyanyi dangdut itu membuat persembahan selama satu jam.

“Ini kali pertama Festival Wonderful Indonesia diadakan di ibu negeri Sarawak dan untuk penganjuran pertama ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti promosi pelancongan termasuk membawa artis terkemuka Indonesia ke sini.

“Antaranya pengisian festival ini adalah jerayawara pelancongan, kraf, rawata spa dan sebagainya. Kita mahu menarik warga Sarawak untuk melancong ke Indonesia,” ujarnya.

Festival Wonderful Indonesia bermula 29 hingga 31 Mac di Tebingan Kuching.

SIDANG MEDIA … Novi Rahayu mempengerusikan sidang media mengenai Festival Wonderful Indonesia di Kuching, hari ini

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak