ARTIKEL

CITF Sarawak benarkan ‘walk in’ ke PPV bagi penetapan tarikh janji temu bagi individu yang belum divaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Badan Bertindak Imunisasi covid-19 (Covid-19) memberi kebenaran kepada semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk melaksanakan pemberian vaksin secara ‘walk-in’.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mereka yang belum menerima temu janji dos pertama suntikan vaksin Covid-19 perlu menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) masing-masing bermula 23 Julai hingga 5 Ogos ini.

“Semua penerima vaksin adalah disarankan untuk mendapatkan tarikh temu janji ‘walk-in’ vaksinasi terlebih dahulu melalui bilik gerakan JPBB masing-masing.

“CITF Sarawak ingin menekankan kepentingan untuk mendapatkan dos vaksinasi yang lengkap mengikut jenis dan jarak masa yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh menghubungi bilik gerakan JPBB mengikut bahagian seperti di Kuching (082-507700/ 082-507022), Samarahan (082-673833), Serian (082-872472), Sri Aman (083-320084), Betong (083-472866) dan Sarikei (084-654396).

Selain itu, Sibu (084-317934/ 084-315653/ 084-322581), Kapit (013-6689968), Mukah (084-872088), Bintulu (086-331742), Miri (085-322737) dan Limbang (085-211744).

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.