ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

‘Classic Quotes by Xi Jinping’ disiarkan di Serbia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELGRADE, Serbia: Acara pelancaran program ‘Classic Quotes by Xi Jinping’ versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG) diadakan di sini pada 7 Mei lepas sempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping, ke sini.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic mengucapkan tahniah di atas penyiaran program tersebut melalui rakaman video.

Vucic menzahirkan ucapan terima kasih kepada CMG atas sumbangan yang luar biasa dalam usaha merapatkan persahabatan antara Serbia dan China, di samping melahirkan harapan agar mengukuhkan pertukaran dan rasa saling belajar pada masa depan supaya persahabatan kukuh Serbia-China dapat dilonjakkan ke tahap baharu.

Ketika berucap pada majlis pelancaran program itu, Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan bahawa penyiaran ‘Classic Quotes by Xi Jinping’ versi antarabangsa di Serbia dipercayai akan membuka tingkap pemikiran rakyat Serbia untuk memahami kebijaksanaan tadbir urus Presiden Xi Jinping dan mengetahui lebih lanjut tentang budaya China di samping merasai daya tarikan istimewa China pada era baharu ini. BERNAMA

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU