ARTIKEL

Cliff, pakar kesan mayat dalam kenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang diberi nama Cliff, dilaporkan mati selepas dikesan menghidap barah tumor dalam pundi kencing.

Mengesahkan perkara tersebut, Pengarah JPBM Sarawak Datuk Khiruddin Drahman berkata, berasal dari United Kingdom (UK) dan daripada baka English Springer Spaniel, Cliff telah berkhidmat di bawah seliaan Steven Ambu di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian.

“Sepanjang perkhidmatan, Cliff banyak menabur bakti terutama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seperti runtuhan di sebuah pusat membeli-belah iaitu CityOne Megamall di Kuching,” katanya memetik kenyataan Facebooknya semalam.

Sehubungan itu Khiruddin berkata, pemergian Cliff amat dirasai oleh seluruh pegawai dan anggota jabatan khususnya dari JBPM Sarawak susulan anjing pengesan itu memiliki kepakaran dalam mengesan mayat.

Selain itu katanya, Cliff yang lahir pada Januari 2026 pernah berkhidmat dalam operasi SAR Eric Chang, kanak-kanak berusia lima tahun yang hilang di bawah jagaan pengasuhnya di Taman Riverview di Bintawa, serta operasi SAR nelayan berusia 64 tahun yang hilang di Telaga Air.

“Pemergian Cliff amat dirasai oleh seluruh pegawai dan anggota jabatan, khususnya dari JBPM Sarawak.

Terima kasih atas jasa Cliff,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU